SUDUT INFO


Tumit Tinggi: Wanita mesti sentiasa cantik




APA perkara yang lelaki paling tak suka pada wanita? Apa benda yang spesies TT rasa dah `best' sangat pada diri tetapi kepada spesies lagi satu ni, itulah benda paling tak `best', paling dia tak suka, paling dia benci? 

TT baca satu artikel kat yahoo hari tu, nak tergelak pun ada. Bukan perangai, bukan tabiat tapi benda-benda pada muka perempuan. Biasalahkan....mana lagi yang dia orang ni nak itulah yang dia tengok dulu selain bentuk badan, jauh sebelum dia tengok hati budi. First impression katanya, dari mata turun ke hati, lepas tu baru fikir, baik tak baiknya, putih bersih atau hitam hati budi si perempuan tu.
Kaum TT ni biasalah, rata-rata sedara dengan alat solek. Bedak, gincu, itu kira wajib untuk semua...tak tebal macam opera Cina, nipis-nipis pun jadi..janji ada..bagi naik seri, dakwanya, taklah nampak pucat lesi, tak bermaya.
Tapi ramai juga kaum TT ni tak cukup dengan tepek-tepek manja. Habis satu muka tu dibuatnya macam kanvas lukisan. Kalau kat bahagian mata tu, kejap calit warna ala-ala manja, lembut-lembut, kengkadang garang, smokey eyes bagai - hitam sekeliling mata, sesekali tengok macam panda pun ada. Belum lagi yang letak macam-macam warna....macam pelangi! 

Menawan habislah tu konon-kononnya. Tapi..jangan tak tahu, kajian menunjukkan ramai kaum Adam, `menyampah' tengok semua benda-benda tu. 

Kalau nak conteng mun kat mata tu, kata mereka, sikit-sikit sudahlah..nipis-nipis sudah, jangan sampai mata tak nampak. Alasan mereka, kecantikan semula jadi itu lebih indah. Katanya... 

Takut juga katanya, nampak cantik bila muka bersalut alat solek tapi bila buang, mak datuk, minah lampir pun kalah! Kata merekalah... 
Teringat TT kat seorang kawan TT. Dia ni sejak dulu TT kenal, sampailah remaja dan berumahtangga, memang tak bersolek. Setakat bedak dan gincu dipalit nipis, itu ajelah paling jauh dia buat. Kening tebal macam ulat bulu pun dibiarkan. Kata dia, suami suka dia macam tu, kecantikan asli! 

Kalau bab baju pulak, TT tengok alahai dia ni, dah macam selimut bergerak la pulak. Baju gelobos-gelobos, besar, longgar, warna pun suram je. Katanya lagi, suami suka tengok dia pakai macam tu. Keta-keta, cerut badan, singkat-singkat dilarang keras sama sekali, suami kata tak cantik, katanya...lagi. 

Tup tup, disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari, tahu-tahu suami ada buah hati. Muka? Masya-Allah, sebutlah apa colour yang tak berconteng kat muka tu...meriah warna. Kening? Alahai, segaris je...itu pun kening lukis. Baju pulak? Kalau organ-organ kat badan tu boleh menjering `tolonggggg..aku lemasss...selamatkan aku', dah sah-sah terpekik terlolong dah. Ketat, terdedah, singkat, tak cukup kain..pakej lengkap penggetar iman spesies jantan...ooopsss..lelaki. 

Tanya suami, mengapa, kenapa? Jawab suami, bosan tengok awak tak tahu jaga penampilan. Selekeh. Serabai. Memalukan suami! 

Nak kata apa? Nak je TT jawab padan muka tapi tak sampai hatilah kan. Tapi memang lelaki macam tu lah, lain di mulut, lain di hati. Larangan itu ni tak boleh tu, emmmm...satu, tak nak orang lain pandang-padang, jeing-jeling kat isteri dia. Kedua, taktik cover..hahaha. Taktik menipu isteri namanya. Biar isteri ingat suami dia tak pandanglah perempuan-perempuan bergetah kat luar sana, tak suka yang dedah-dedah, seksi-seksi, daring. Konon-konon sukalah dengan penampilan `tak bermaya' isteri. Isteri akan ingatlah suami tak ligat, padahal? 

Sebab itu, ramai berpesan, baik lelaki baik perempuan, perempuan kalau dah berkahwin, bersuami, lagilah kena jaga penampilan...kalau dulu tak pandai nak berhias, bila dah ada suami, belajar-belajarlah. Tak semestinya kena bercantik-cantik di luar, cukup bila dengan suami, biar suami tengok..alahai, isteri aku ni...cun! Baju tu, oklah sederhana dan seadanya di luar, kang tak pasal-pasal lak suami tanggung sama dosa, tapi bila kat rumah, pakailah seseksi mungkin, menarik, dedah-dedah, bukan untuk orang lain..suami, bukan. 

Ini selalunya kaum TT...kalau kat rumah, jangan kata muka je pusat lesi, bau...alahai...kain batik lusuh tak pun baju kelawar, silap-silap rajin bebeno tak mandi. Suami lari? Emmmm...tak tahulah TT....

sumber: Berita Harian




EMELDA TUTUP MULUT





MASIH menyembunyikan identiti dan gambar anak angkatnya, Edra Rafael yang kini memasuki usia dua tahun, Emelda tetap dengan pendiriannya sampai sekarang.

Kata Emelda atau nama sebenarnya Emelda Rosmila Abdul Hamid, 33, kehidupannya sebagai seorang ibu, pelakon dan pelajar separuh masa kini dilimpahi keceriaan setiap hari.

"Saya minta maaf, buat masa sekarang saya belum bersedia untuk menceritakan atau mendedahkan anak angkat saya kerana takut perkara yang tidak diingini berlaku kepadanya kalau saya berbuat demikian.

"Harap semua pihak menghormati keputusan saya kali ini," ujar Emelda atau mesra disapa Mel yang ditemui ketika tayangan perdana filem Sembunyi: Amukan Azazil di Cathay Cineleisure e@Curve, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.



Mahu anak

Emelda menegaskan, dia bukan seperti artis lain yang perlu berkongsi semua cerita peribadi dan tidak merasakan adalah perlu untuk mendedahkan identiti anak angkatnya.

"Biarlah anak saya membesar dengan normal seperti kanak-kanak lain kerana dia juga berhak untuk hidup sedemikian," ujar Emelda yang mahu mengunci mulut daripada membicarakan soal anak.

Sebelum ini, Emelda dan suaminya, Adlin Aman Ramlie pernah membawa anak angkatnya yang ketika itu berusia lima bulan sekitar Ogos tahun 2011 ke majlis akikah cucu penerbit kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman namun mereka enggan disiarkan gambar mereka bersama.

Dalam pada itu, katanya dia dan suami masih berusaha untuk memiliki zuriat sendiri dan tidak putus-putus berdoa.

"Saya tidak pernah putus asa, setiap hari kami mencuba dan berdoa supaya dikurniakan cahaya mata. Buat masa sekarang belum ada rezeki lagi dan kami menunggu rezeki dari Allah.

"Kami tidak merancang dan dalam masa sama kami turut menjalani rawatan di hospital atas nasihat doktor untuk memudahkan saya hamil.

"Tapi entah kenapa sampai sekarang belum dikurniakan cahaya mata, mungkin Tuhan mahu kami bermanja-manja dan bercinta terlebih dahulu," tambahnya. yang mengahwini Adlin pada 22 Mei 2009 di Ipoh, Perak.

Pengajian tahun akhir

Sementara itu, Emelda tidak lokek untuk berkongsi kehidupannya bergelar pelajar yang sudah hampir bergraduasi tidak lama lagi.

Emelda kini sedang mengikuti pengajian tahun akhir dalam bidang Ijazah Komunikasi di kampus luar Universiti Utara Malaysia (UUM).

"Tidak susah untuk membahagikan masa untuk rumah tangga, karier dan pelajaran kerana saya bukan pelajar sepenuh masa. Insya-Allah bulan Oktober ini saya akan menamatkan pengajian saya.

"Jadi, selain waktu kuliah itu saya gunakan untuk berlakon dan uruskan keluarga," ujar lulusan Diploma Senireka Grafik itu.

Pelakon kelahiran Ipoh, Perak itu juga berkongsi pengalamannya berlakon dalam produksi Sembunyi: Amukan Azazil yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 28 Mac nanti.

Emelda melakonkan watak Melur, seorang wanita kampung yang bertukar sifatnya apabila terlalu dikongkong oleh suaminya, Atan (lakonan Sharnaaz Ahmad).

"Suami saya dalam filem ini sangat garang dan Melur merupakan seorang isteri yang akur dengan arahan suami. Berlakon dalam filem ini banyak cabarannya terutama apabila penggambaran dilakukan di dalam hutan pada bulan Ramadan.

"Tambah memenatkan apabila penggambaran tamat beberapa hari sebelum Hari Raya Puasa dan menerusi filem ini saya perlu menari dan menyanyi," ujar Emelda yang pertama kali digandingkan bersama Sharnaaz.

Sumber : Kosmo Online



Tiada ulasan:

Catat Ulasan